Bakal Jadi Hab Kejuruteraan Penerbangan Utama Asia

MARA Aerotech Tawar Latihan Realiti Maya
April 9, 2014
Bio-jetfuel studies in Malaysia to create jobs within months
April 21, 2014

Malaysia bakal menjadi hub kejuruteraan penerbangan utama Asia menjelang tahun 2020. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Alexander Nata Linggi berkata, menerusi inisiatif MARA itu, kira-kira 23,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan.  Ia membabitkan pelbagai aspek pembangunan termasuk latihan pengetahuan teknikal, perniagaan dan penyelidikan teknologi. Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas melancarkan simposium aeroangkasa antarabangsa mara, minas yang pertama di ibu negara. Datuk Alexander turut menyaksikan penyerahan memorandum persefahaman, MOU antara Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia, AMIC, dengan Aeroangkasa dan Teknologi Sdn Bhd, MARA AeroTech.   AMIC bakal membuka pusat latihan aero angkasanya di kawasan seluas 50 ekar di Subang dengan kos bernilai RM1.4 bilion. Ia akan mula dibangunkan tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2017. Program dengan kerjasama Institusi Teknologi Penerbangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, UniKl itu bakal memberi peluang kepada lebih 5,000 penuntut diploma dan ijazah sarjana muda.

Sumber : TV3

Comments are closed.