AMIC, M-­AeroTech terajui penyelidikan

AMIC CONNECTS GLOBAL AEROSPACE EXPERTS WITH ASIA AEROSPACE CITY
July 16, 2014
AMIC teams up with M-AeroTech to boost research
July 21, 2014

Impression01

Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) akan bekerjasama dengan Teknologi dan Aeroangkasa Mara (M-AeroTech) untuk menerajui kegiatan penyelidikan dan teknologi aeroangkasa di Asia Aerospace City (AAC) di Subang.

AMIC dibangunkan oleh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), berkata kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada hari pertama Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough, United Kingdom (UK, Isnin lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AMIC, Shamsul Kamar Abu Samah, berkata kerjasama berkenaan akan membolehkan syarikat itu menghubungkan AAC dengan pakar aeroangkasa global, iaitu Airbus Group dan Rolls-Royce, melalui rangkaian penyelidikan nasional dan antarabangsa.

“Melalui kerjasama itu, M-AeroTech akan membangunkan ekosistem menarik bagi memikat pelaburan dan kerjasama dengan pelbagai pengilang peralatan tulen aeroangkasa, bersandarkan inisiatif kerajaan masa kini,” kata AMIC dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, AMIC juga menandatangani MoU tiga pihak dengan M-AeroTech dan University of Nottingham untuk bergabung dalam kerja penyelidikan dan pembangunan realiti maya, pembangunan rangkaian bekalan peralatan, pembaikan dan pengilangan komposit.

BERNAMA

Comments are closed.